Khamis, Mei 20, 2010

Kelab Membaca Sinar Pintar


PROGRAM KELAB MEMBACA SINAR PINTAR PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH
LATAR BELAKANG
Kajian profil membaca rakyat Malaysia 2005 mendapati:­
  • 98.8% rakyat Malaysia ( 10 tahun atau lebih ) secara purata membaca sekurang - kurangnya 2 buah buku setahun.
  • 56% membaca 9 hingga 10 buah buku
  • 33.1% membaca sekurang-kurangnya 12 buah buku
  • 1.2% yang membaca 20 buah buku atau lebih.
Mulai tahun 2006, Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Awam/Negeri disetiap Negeri/Wilayah Persekutuan telah melaksanakan kempen membaca melalui pendekatan baru untuk memberi impak yang lebih berkesan di dalam usaha menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya di kalangan masyarakat Malaysia. Justeru itu, kempen membaca kini dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun dan tidak tertumpu kepada satu bulan sahaja seperti tahun sebelum itu.
Kementerian perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan (KPPKKW) merupakan peneraju dan penggerak utama kempen membaca kebangsaan manakala Perpustakaan Negara Malaysia bertindak sebagai urus setia, di peringkat kebangsaan. Sementara itu semua perpustakaan awam / negeri menjadi urus setia di peringkat Negeri.
Pada tahun 2008, pelbagai aktiviti kempen membaca telah dilaksanakan bermula dari awal tahun dengan pelbagai kumpulan sasaran dan melibatkan pelbagai aktiviti yang berinformasi. Pada 2 julai 2008, Perpustakaan Negara Malaysia telah melancarkan kelab membaca kebangsaan bagi tujuan mendapatkan impak yang jauh lebih berkesan dalam usaha mempertingkatkan kempen membaca.


OBJEKTIF KELAB MEMBACA 
  • Untuk memberi kesedaran kepada ibubapa/keluarga memupuk minat membaca di peringkat awal usia. 
  • Untuk menanam budaya membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan, pemikir dan kreatif.
  • Untuk mendekatkan masyarakat dengan buku, perpustakaan dan aktiviti-aktiviti pembaca.
  • Untuk menyatukan komuniti melalui pembaca.

OBJEKTIF JANGKA PANJANG
Untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang gemar membaca.

STRATEGI
  • Mencetus tabiat suka membaca di kalangan kanak- kanak.
  • Mempelawa komuniti untuk menjadi mentor sukarela bagi menanam tabiat suka membaca kepada kanak- kanak ( pesara dan suri rumah adalah calon-calon ideal )
  • Mempelawa komuniti menderma buku kanak- kanak
  • Menggalakkan penubuhan kelab membaca peringkat kebangsaan / negeri / daerah/ kampung.


LOGO KELAB MEMBACA SINAR PINTAR
Bentuk hati:- Melambangkan perhatian dan kasih sayang
Buku hijau:- Memperkayakan kehidupan kanak- kanak melalui tabiat membaca
Bentuk abstrak biru tua:- Dunia kanak-kanak yang terbentang luas dan mudah dibentuk dengan menanamkan minat membaca


BAGAIMANA UNTUK MEMBENTUK DAN MENGURUSKAN KELAB MEMBACA SINAR PINTAR.


  • Mesti ada penglibatan sekurang-kurangnya 2 orang sukarelawan/mentor dewasa, 5 orang kanak-kanak ( 7 – 13 tahun ) dan ibubapa; warganegara Malaysia.
  • Membentuk satu jawatankuasa dengan 3 signatori pada borang pendaftaran kelab.
  • Perlu bertemu sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk membaca dan menjalankan aktiviti pengetahuan lain.
  • Tempat perjumpaan boleh diadakan di dewan serbaguna ( balai raya ) atau di perpustakaan/Perpustakaan Desa.
  • Harus mempunyai buku log rekod aktiviti yang harus dihantar ke secretariat PNM sewaktu pertandingan.
  • Akan menggunakan nama rasmi kelab dengan nama kawasan    ( contoh: SINAR PINTAR PETALING JAYA, SINAR PINTAR KUALA PENYU, KMSP SINAR HARAPAN dan SEBAGAINYA )
  • Ahli-ahli yang mendaftar akan menerima sijil rasmi keahlian dan barangan percuma seperti alat tulis, beg dan sebagainya.
  • Ahli-ahli boleh melanggan komik Manga istimewa, eksklusif bagi ahli kelab membaca
  • Mengambil gambar semasa membuat aktiviti membaca/ lawatan dan sebagainya untuk diselitkan dalam laporan.
Sekiranya anda berminat menyertai Kelab Membaca Sinar Pintar, sebagai ahli atau Mentor, sila dapatkan borang tersebut dari petugas PD atau anda boleh dapatkan di dalam laman web ini.



Pautan;
http://www.pnm.my/pnmv3/index.php?id=179 
http://www.ssl.sabah.gov.my 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...